Jumaat, 9 Januari 2009
ANWAR IBRAHIM bukan pilihan tepat
Warna politik tanahair kita sudah berubah. Bermula sejak tamatnya pilihanraya umum ke 12 pada Mac lalu. Sebuah parti yang sejak sekian lama mendominasi pemerintahan negara yang mempunyai pelbagai kaum telah diberikan amaran agar memperbaiki segala kelemahan. Rakyat yang menjadi orang yang paling berkuasa dalam menentukan siapa yang harus memerintah telah menggunakan hak dan kuasa yang ada ditangan mereka.
Parti Barisan Nasional yang telah memenangi pilihanraya sejak kali pertama dalam sejarah demokrasinya politik negara ini dengan majoriti yang besar dalam setiap pilihanraya umum diadakan telah menerima tamparan yang sungguh tidak diduga.
Parti Barisan Nasional yang ditunjangi parti kaum melayu iaitu UMNO terus diberikan mandat pada pilihanraya ke 12 lalu, tetapi dengan majoriti yang amat kecil. Bagaimanapun kalu diikut hakikat sebenar, parti terbesar UMNO masih banyak memenangi kerusi berbanding parti MCA,MIC,Gerakakan dan lain-lain parti yang duduk dalam sebuah bumbung yang bernama BARISAN NASIONAL.
Kebanyakan parti utama seperti MCA, MIC dan gerakan telah banyak kehilangan kerusi malah yang lebih teruk apabila pakatan pembangkang berjaya membentuk 5 buah negeri di semenanjung Malaysia. Berbanding parti-parti pembangkang sebelum ini hanya berjaya menakluki negeri Kelantan dan satu penggal di negeri Terengganu. Kedua-dua negeri yang berjaya ditakluki parti pembangkang dimonopoli oleh parti PAS.
Kekalnya Kelantan ditangan PAS dan ditambah dengan Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang dalam tangan Pakatan Rakyat (PR) adalah satu keputusan luar dugaan samasekali. Bagaimanapun atas dasar dan prinsip pentadbiran kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa mengamalkan demokrasi tulin Pakatan Rakyat berjaya menerajui 5 buah negeri selepas pilihanraya ke 12.
Dengan keputusan itu juga, maka terbuktilah bahawa sememangnya kerajaan Barisan Nasional sentiasa mengamalkan ketelusan dalam pilihanraya-pilihanraya yang telah diadakan selama ini. Dengan keputusan itu juga maka terbuktilah bahawa dakwaan pemimpin-pemimpin pembangkang yang selama ini menuduh kerajaan Barisan Nasional dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai tidak telus adalah satu dakwaan yang tidak benar samasekali. Mana mungkin kalau kerajaan dan SPR tidak telus, Pakatan Rakyat mampu memerintah 5 buah negeri sekaligus.
Pemimpin pembangkang walaupun berjaya pimpinan kerajaan negeri harus mengakui dan sepatutnya menarik balik semua dakwaan yang selama ini dilemparkan kepada kerajaan dan SPR sebagai tidak telus.
Selepas pilihanraya umum berakhir dan Pakatan Rakyat mendapat kerusi yang agak besar. Satu pilihanraya kecil telah diadakan di Permatang Pauh. Pilihanraya yang boleh dianggap sebagai pilihanraya mainan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar Ibrahim mantan timbalan perdana menteri dalam era pentadbiran Tun Dr.Mahathir sebelum di pecat daripada kabinet dan parti UMNO.
Pilihanraya yang selama ini menjadi sesuatu yang amat penting bagi rakyat menentukan sesebuah kerajaan telah dijadikan satu permainan hanya kerana untuk menonjolkan diri sebagai the best man dalam politik negara. Kebiasaannya satu pilihanraya kecil akan berlaku seandainya seseorang yang menduduki kerusi yang telah dimenangi itu meninggal dunia. Tetapi di Permatang Pauh pilihanraya kecil terpaksa diadakan kurang setahun pilihanraya umum berlaku bila penyandang jawatan bagi kerusi tersebut dengan sengaja meletak jawatan untuk memberikan laluan kepada suaminya.
Kalau hendak dikatakan keputusan untuk mengadakan satu pilihanraya main-main dengan hasrat untuk menguji populariti Anwar Ibrahim di kawasan tersebut tentu tidak logik samasekali. Ini kerana Anwar memang sudah dikenali dikawasan tersebut kerana beliau telah menjadi wakil rakyat dikawasan itu beberapa penggal dengan rekod memegang jawatan timbalan presiden UMNO dan timbalan perdana menteri yang juga menteri keewangan. Siapalah agakya dikawasan tersebut yang masih tidak kenal lagi Anwar Ibrahim.
Kalau nak membuktikan beliau adalah orang yang sangat dipercayai rakyat tentulah beliau patutnya berani mengambil risiko untuk bertanding di kawasan lain selain daripada Permatang Pauh. Hakikatnya ketika itu Anwar masih tidak yakin lagi pada dirinya sendiri. Malah beliau amat tahu jika beliau kalah maka hasrat untuk melihat Pakatan Rakyat dan matlamat untuk beliau menjadi Perdana Menteri akan terbantut samasekali.
Jadi, apakah rasionalnya seorang yang menganggap dirinya sebagai seorang yang sangat hebat dan mampu diterima rakyat untuk memimpin negara tetapi tidak mempunyai pendirian kuat dan tidak yakin terhadap kemampuan dan kekuatan diri sendiri.
Terus-terang saya nyatakan bahawa Anwar bukan lah seorang yang hebat sangat. Beliau bukan orang baru dalam politik dan telah mencapai kedudukan yang tinggi dalam kabinet. Bayangkan seorang yang ibarat hanya tinggal selangkah menjadi perdana menteri, memegang portfolio sebagai menteri keewangan pula di hujung musim sebelum dipecat. Sebelum itu sudah berapa lama beliau memegang jawatan kabinet berlainan potfolio.,.
Tapi pernahkah kita menilai apa sangat yang boleh dibanggakan di Permatang pauh ?
Saya melihat Permatang Pauh bukan lah satu daerah yang lebih baik dari tempat-tempat lain. Malah banyak lagi daerah-daerah dan kawasan parlimen yang lebih banyak pembangunan dan kemajuannya berbanding Permatang Pauh.
Jadi, dimana hebatnya. Kalau setakat handal berpidato memutarkan lidah membelit fikiran para pendegarnya, itu memang boleh dianggap hebat. Tapi bukan hebat sebagai seorang pemimpin atau pemerintah, tetapi mungkin hebat sebagai seorang pelakon, boleh juga dikatakan hebat sebagai pembelit, atau tak salah juga untuk memungkinkan dia hebat sebagai seorang penipu.
Kemampuan berKarektor yang berbeza-beza beliau sebenarnya sudah cukup untuk rakyat menilai bahawa beliau bukan orang yang betul untuk dijadikan seorang pemimpin negara. Rakyat dan negara ini tidak mampu untuk menerima seorang yang berkarektor mengikut musim. Kita boleh menerima seseorang yang bertukar baju atau pakaian mengikut musim, tetapi kita sesungguhnya jangan sesekali memiliki seorang pemimpin yang bertukar-tukar karektor dan ideologi. Ia sangat merbahaya dan tidak normal untuk diterima dalam sebuah negara yang mempunyai pelabagi bangsa, budaya dan agama seperti Malaysia ini.
Bagaimana kita mampu mempunyai seseorang pemimpin yang tiada pendirian tetap. Cuba kita nilai bagaimana Anwar melihat isu HUDUD yang menjadi perjuangan utama parti sekutu beliau dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS. Sudah tentu beliau amat tidak berminat untuk memperkatakan jika isu ini timbul. Untuk mengatakan beliau menyokong dasar dan prinsip perjuangan untuk menegakkan hukum HUDUD oleh PAS amat berat untuk diluah kerana dalam masa yang sama beliau terpaksa menjaga hati satu lagi sekutu Pakatan Rakyat iaitu DAP yang terang-terangan menolak HUDUD. Jadi dimana peganggan dan pendirian beliau dalam isu ini? Bagaimanakah beliau ingin mencatur dan membentuk sebuah kerajaan jika ditakdirkan Pakatan Rakyat berjaya memperolehi majoriti membentuk kerajaan. Mahu tidak mahu beliau tidak boleh menidakkan bahawa dikalangan parti-parti yang berada dalam Pakatan Rakyat, PAS adalah parti yang paling banyak mempunyai sokongan. Bukan DAP mahupun Parti PKR yang diketuai Anwar sendiri.
Jadi, adakah kita tidak dapat membayangkan situasi ini jika ia benar-benar berlaku hasil jari-jari kita yang memangkah calun-calun parti dalam Pakatan Rakyat nanti. Sudah pasti akan berlaku seribu satu macam kerenah dan masaalah untuk membentuk sebuah kerajaan sahaja. Dan adakah kita yakin Anwar mampu menunjukkan ego PAS dan keangkuhan DAP nanti ? Jawapan yang pasti adalah TIDAK...TIDA...TIDAK...
Sesungguhnya kita tidak mampu untuk mengambil risiko berlakunya keadaan seperti itu dalam negara ini. Kekecohan untuk membentuk sebuah kerajaan mempunyai implikasi yang sangat besar dari pelbagai sudut, Rakyat jua yang akan menjadi mangsa kelak.
Kita bersyukur diberi peluang untuk melihat bagaimana negara jiran kita menghadapi masaalah yang tidak ada penyelesaian sehingga kini dalam mencari sebuah kerajaan yang mampu membawa rakyatnya terus berjalan menempuhi hidup dengan aman seperti yang kita miliki hari ini. Thailand sebelum ini juga memiliki kehidupan seperti kita hari ini. Tetapi akibat kegagalan pemimpin mecapai kata sepakat untuk mencari dan membentuk sebuah kerajaan yang boleh diterima semua pihak. Sejak dua tahun lalu Thailand melalui hari-hari yang penuh dengan emosi. Keadaan itu berlaku akibat kegagalan semua pihak menerima dan menghormati keputusan yang dibuat. Akibat daripada krisis kepimpinan yang tidak ada toleransi dan semangat setiakawan, maka rakyat menjadi mangsa. Akibatnya negara menjadi lemah dari semua sudut.
Persoalannya, adakah rakyat negara ini sudah bersedia menerima dan berhadapan situasi in ?>?
Kesimpulannya adalah diharapkan setiap rakyat yang menjadi warganegara ini membuat satu keputusan yang bijak dalam menentukan kepimpinan yang akan mentadbir negara. Yang namanya seorang perdana menteri bertanggungjawab membawa seluruh rakyatnya berjalan menuju kecemerlangan dan kebahagiaan.. Tiada titik noktah dalam melaksanakan tanggungjawab besar ini. Hanya yang berkemampuan, berpengalaman dan penuh ketelusan dan keiklhasan sahaja layak untuk memimpin kita.
Janganlah kita membuat kesilapan dengan membuat pilihan yang salah, Pilihan yang berpandukan rasa imarah dan emosi. Memilih Anwar ibarat mengharapkan satu impian yang belum pasti, satu pilihan yang salah dan tidak tepat samasekali.
Barisan Nasional dan UMNO tetap releven untuk terus dipertahankan dalam pemerintahan negara ini. Kita sepatutnya bersyukur dan terus menyokong Barisan Nasional dan UMNO yang telah banyak berjasa kepada seluruh rakyat sehingga kita mampu menikmati kenajuan, keamanan dan kedamaian yang hakiki selama ini.